Assalamualaikum






Friday 16 December 2011

perempuan merokok cool?

ish3 apo nak jadi ni dengan anak bangsa yang muda remaja belia. sudah-sudah dengan lambakan kaum lelaki yang merokok. wa taknak cakap pasal lelaki merokok ni, tu biasa. nama pun lelaki kan. karang wa condemn mau wa esok dapat banyak surat ugutan bunuh ni huhu. ni wa nak cerita pasal kaum wa yang merokok. tak kisah la perokok tegar, tak berapa nak tegar mahupun yang baru-baru nak try. bukan nak condemn korang. wa pun macam baik sangat nak condemn orang ni. ini cuma teguran ikhlas. skop target wa pelajar-pelajar universiti la. tak payah nak pergi kat bandar semua nak nampak perempuan merokok ni. kat universiti tempat korang pun berlambak. sama la dengan wa. wa pedih hati loh tengok pelajar2 perempuan merokok dengan syok dan selambanya di restoran-restoran di hadapan universiti wa. wa kadang-kadang malam lapar wa pergi la keluar makan malam kat luar jugak. tapi jd tak best bila toleh meja sebelah nampak la kaum-kaum wa lepak sambil hisap rokok. keliling semua pelajar universiti wa. wa takda nak pandang slack ke apa. tak pasal-pasal makanan wa kena masuk lipas nanti haha. cuma wa heran. gaya macam bukan perokok tegar. ni semua budak-budak baru nak up kot. baru nak cuba-cuba try orang kata. melalui pemerhatian wa ni wa buat kajian sendiri.

tak payah cerita camana wa conduct kajian ni. walaupun kajian tak bertaraf master mahupun phD, tapi wa percaya dengan instinct (naluri) wa kah3. wa percaya yang kaum-kaum wa yang merokok ni mempunyai mentaliti yang mengatakan bahawa merokok itu satu perkara yang COOL. depa rasa cool bila merokok depan orang ramai. memang la nampak cool, wa tengok pun wa cakap dalam hati "pehh berani gila minah ni merokok dpn orang ramai, cool habis!" kira keberanian depa tu yang menjadikan dorang nampak cool. lagi-lagi bila melepak bersama rakan-rakan seperjuangan. ada depa nak merokok sorang-sorang? tak kan. ni semua pengaruh kawan-kawan yang instil pemikiran sebegini. walaubagaimanapun, cool tak cool benda tu sebenarnya dah menconteng arang dekat mak bapak depa. orang-orang tua yang nampak depa merokok mesti cakap "sape la makbapak dorang ni, takkan tak pantau anak-anak". see! wa tahu la sebab mak bapak wa selalu cakap camtu bila nampak benda-benda pelik ni. kan tak pasal-pasal dah bikin malu mak bapak. depa yang buat benda pelik, nama mak bapak pulak yang busuk.

kepada mereka-mereka yang tergolong dalam warga perokok yang baru nak up ni, ubah la fikiran korang sebelum terlambat. memang hidup masa muda ni semua benda nak try. buat benda tak elok memang best orang kata. tapi beringat-ingat la mak ayah di kampung mahupun di bandar. harapan menggunung nak tengok korang berjaya. bukan setakat dalam pelajaran ja, berjaya dalam pembangunan modal insan dalam diri juga merupakan satu doa mak ayah. kalau berjaya dalam pelajaran ja tapi moral takda pun takleh nak dibanggakan sangat. tu yang ayah wa selalu cakap wa ingat sampai sekarang. tu wa tak pernah dan tak berminat nk try benda-benda pelik ni.semoga dijauhkan.. mesti ramai condemn kutuk wa cakap benda ni, bajet bagus ke hape minah ni. macam baik sangat nak nasihat-nasihat orang. haha takpa wa tak kesah, wa kebal terima kutukan. sebab pahala dapat kat wa balik! haha. dah2 cukup2 nasihat tak berape nak best ni. wa chow dulu.

PS:  wa sibuk blogging tapi assignment tak siap-siap lagi.


No comments:

Post a Comment