Assalamualaikum






Friday 16 December 2011

perempuan merokok cool?

ish3 apo nak jadi ni dengan anak bangsa yang muda remaja belia. sudah-sudah dengan lambakan kaum lelaki yang merokok. wa taknak cakap pasal lelaki merokok ni, tu biasa. nama pun lelaki kan. karang wa condemn mau wa esok dapat banyak surat ugutan bunuh ni huhu. ni wa nak cerita pasal kaum wa yang merokok. tak kisah la perokok tegar, tak berapa nak tegar mahupun yang baru-baru nak try. bukan nak condemn korang. wa pun macam baik sangat nak condemn orang ni. ini cuma teguran ikhlas. skop target wa pelajar-pelajar universiti la. tak payah nak pergi kat bandar semua nak nampak perempuan merokok ni. kat universiti tempat korang pun berlambak. sama la dengan wa. wa pedih hati loh tengok pelajar2 perempuan merokok dengan syok dan selambanya di restoran-restoran di hadapan universiti wa. wa kadang-kadang malam lapar wa pergi la keluar makan malam kat luar jugak. tapi jd tak best bila toleh meja sebelah nampak la kaum-kaum wa lepak sambil hisap rokok. keliling semua pelajar universiti wa. wa takda nak pandang slack ke apa. tak pasal-pasal makanan wa kena masuk lipas nanti haha. cuma wa heran. gaya macam bukan perokok tegar. ni semua budak-budak baru nak up kot. baru nak cuba-cuba try orang kata. melalui pemerhatian wa ni wa buat kajian sendiri.

tak payah cerita camana wa conduct kajian ni. walaupun kajian tak bertaraf master mahupun phD, tapi wa percaya dengan instinct (naluri) wa kah3. wa percaya yang kaum-kaum wa yang merokok ni mempunyai mentaliti yang mengatakan bahawa merokok itu satu perkara yang COOL. depa rasa cool bila merokok depan orang ramai. memang la nampak cool, wa tengok pun wa cakap dalam hati "pehh berani gila minah ni merokok dpn orang ramai, cool habis!" kira keberanian depa tu yang menjadikan dorang nampak cool. lagi-lagi bila melepak bersama rakan-rakan seperjuangan. ada depa nak merokok sorang-sorang? tak kan. ni semua pengaruh kawan-kawan yang instil pemikiran sebegini. walaubagaimanapun, cool tak cool benda tu sebenarnya dah menconteng arang dekat mak bapak depa. orang-orang tua yang nampak depa merokok mesti cakap "sape la makbapak dorang ni, takkan tak pantau anak-anak". see! wa tahu la sebab mak bapak wa selalu cakap camtu bila nampak benda-benda pelik ni. kan tak pasal-pasal dah bikin malu mak bapak. depa yang buat benda pelik, nama mak bapak pulak yang busuk.

kepada mereka-mereka yang tergolong dalam warga perokok yang baru nak up ni, ubah la fikiran korang sebelum terlambat. memang hidup masa muda ni semua benda nak try. buat benda tak elok memang best orang kata. tapi beringat-ingat la mak ayah di kampung mahupun di bandar. harapan menggunung nak tengok korang berjaya. bukan setakat dalam pelajaran ja, berjaya dalam pembangunan modal insan dalam diri juga merupakan satu doa mak ayah. kalau berjaya dalam pelajaran ja tapi moral takda pun takleh nak dibanggakan sangat. tu yang ayah wa selalu cakap wa ingat sampai sekarang. tu wa tak pernah dan tak berminat nk try benda-benda pelik ni.semoga dijauhkan.. mesti ramai condemn kutuk wa cakap benda ni, bajet bagus ke hape minah ni. macam baik sangat nak nasihat-nasihat orang. haha takpa wa tak kesah, wa kebal terima kutukan. sebab pahala dapat kat wa balik! haha. dah2 cukup2 nasihat tak berape nak best ni. wa chow dulu.

PS:  wa sibuk blogging tapi assignment tak siap-siap lagi.


The CutesT =)




Comel tak gambar photoshop atas nie? That's animated me! Thanks to these two =D

Pelukis : my friend (Raja Shafiq Mohar)
Photoshoper : my lil brother (Aimanul Hakim)

JuniOr VS SeniOr

harini wa nak cerita pasal semalam punya hal. sebelum tu wa cakap terus-terangla ok. walaupun korang tak berminat nak tawu pun takpa wa nak cakap jugak. sukahati wa la nak cakap apa ni blog wa punya hahaha!. ok dah cukup. direct la, wa sejak masuk UiTM ni wa memang banyak diam. dekat kolej tempat wa tidur malam-malam pun wa suka buat hal sendiri dan tak berminat nak bercampur gaul dengan budak-budak 'levelmate' wa. kerja wa hari-hari pergi kelas, balik bilik terperap situ la lama-lama. eh tak bosan ke? mesti tu korang pikir kan? tak wa tak bosan la, sebab kerja wa dalam bilik banyak! main game, facebook, baca komik, dan diselang-seli dengan buku ilmiah. cewah! haha ni pengenalan baru tentang wa. yup wa memang jenis tak suka bercampur and huha sana sini. jangan anggap wa antisosial! wa bergaul jugak, tapi wa jaga batas-batas. ceehh! hahaha

ha ni nak cerita ni semalam punya kes, dah 3 semester wa duduk dekat Kolej Tun Merah ni. memang jarang la budak-budak levelmate wa nak nampak muka wa, kecuali time nak pergi bilik air la baru wa tunjuk muka wa yang comel ni. puihh! hahaha wa pulak memang jarang dan malas nak ambil tahu pasal level yang wa duduk ni. sape AJK semua pun wa tak heran nak ambil tahu. tapi nasib baik la kawan wa ketua level ni. okay semester ni pelik sikit la ni yang wa nak cerita dari tadi, wa pi bantai merapu bagai pulak. maaf ye! ada sorang junior ni mulut dia perghh memang tak payah pakai mikrofon la memang hari2 dengar suara dia terjerit terpekik ditambah lagi dengan mengilai dia. especially time maghrib memang kalau tak dengar dia terjerit2 cakap dengan kawan dia memang tak sah! takpa wa jenis tak suka ambik tahu kan so wa diam la. mungkin dia akan berubah satu hari nanti. hati wa berkata. fikir positif la bajetnya. dekat sebulan wa pendam. dia tak berubah2 lagi. bilik dia jauh dari bilik wa, tapi dia punya suara sampai bilik hujung dengar beb! wa pakai headphone pun boleh dengar suara dia lagi. memang gila! 

semalam wa panas. dah mendidih! tangan wa ketar2 bila wa pergi bilik air dengar dia dengan kawan2 dia menyanyi2, pekik2 kuat gila. non stop pulak tu huh! "wey bising lah diam sikit boleh tak??!" wa sound dengan nada garang, tapi volume wa control dulu, first time wa bersuara kat level ni. tapi dia boleh pulak sambung nyanyi. memang tak makan saman ini budak wa cakap dalam hati. takpa wa balik bilik wa untuk pakai baju. takkan nak berkemban pulak kan. kah3 lari tajuk. ok dah tu wa keluar bilik jumpa ketua level wa nak mengadu pasal kebisingan melampau yang mengganggu ketenteraman warga level2 wa ni. ketua level wa setuju, dia pun tak puas hati dengan junior ni bising yang amat! kebetulan pula malam tu ada bacaan yasin, so ketua level wa cadang suruh wa bangkitkan hal ni dekat mesyuarat level selepas bacaan yasin. wa setuju. pastu wa keluar bilik kawan wa tu then nampak budak tu baru keluar bilik air, boleh pulak dia tak henti2 terpekik2, wa PANAS. tiba-tiba wa jerit. "KAU BOLEH DIAM TAK, APEHAL MULUT KO BISING SANGAT!" wa jerit dgn volume semaksima mungkin.. suara wa memang kuat, lagi2 kalau marah camni, habis. baru cadang nak simpan suara wa. kah3. adoy memang satu level dengar suara sound budak tu. budak tu terus masuk bilik dia. badan wa dah ketar2 ni. wa balik bilik tenangkan fikiran wa dengar ipod wa. senior2  semua datang kat wa dan bincang sesama kitorg. dorang pun tak puas hati dengan junior tu. memang level ni dia punya sorang! maghrib pun tak hormat!

malam tu lepas yasin, ketua level kitorang memulakan meeting nak settle hal ni la. semua senior pun melepaskan ketidakpuashatian terhadap budak mulut murai ni. termasuk wa. pastu dia melawan balik. pehh! junior melawan beb! ini sudah lebih. wa panas balik, wa terus sound. tak pernah dalam sejarah wa bersuara wa malas la nak cerita apa yang wa sound and apa semua orang cakap. malas nak taip la. pendekkan cerita disini. last2 budak tu terdiam la, abes2 cakap semua pun bersurai. esoknya wa dgr mata dia sembab, menangis la tu kot. harap2 dia sedar la apa yang dia dah buat. bukan apa. mempunyai mulut bising dan murai ini mmg bagus. talkative orang kata. tapi biar control. jangan terpekik2. kan tak pasal2 dah kena sound sebijik dgn wa. (bukan satu perkara yang harus dibanggakan okay). wa tak suka marah-marah ni kah3. tapi perkara sebegini harus disuarakan. semua levelmate wa terkejut dgn wa sbb wa selama ni tak pernah bersuara. tapi wa tak garang okay, wa cuma TEGAS. hahaha. macam wa cakap, wa jarang tunjuk muka wa kat level ni. wa malas nak ambil tahu. okay malam tu last la wa bersuara. cool saja!



PS : comel-comel wa, rendah-rendah wa, jangan disangka wa lembik hahaha!

Friday 2 December 2011

Perempuan + Game?

Game.

Game Online. Game Facebook. Game super mario. Playstation dan seantero dengannya amat sinonim dengan LELAKI. Gamer perempuan? Amat jarang sekali didengar. Maksud wa disini ialah perempuan yang bermain game macam lelaki. Memang la ada perempuan ramai yang main game, main game Sally Saloon, Farmville, game masak2 itu sudah biasa.

DOTA. WORLD OF WARCRAFT. PANDORA SAGA. REQUIEM ONLINE. RAPPELZ. GRANDFANTASIA. DRAGON NEST etc

Natang haram apa kat atas nih?? pernah dengar ke? kerat jari kalau tak pernah dengar pls. yaa tudiaa game2 online yang didominasi oleh gamer2 sejati lelaki. Wa pun tak terkecuali la. Ni yang wa nak cerita ni. Mungkin tak berapa pelik. Tapi bagi wa sangat pelik, sebab wa tak sepatutnya minat benda alah ni!! 3tahun wa jadi gamer setia, dulu boleh kata sampai tak tidur main game.

Tapi jangan kalian pandang rendah dengan skill wa main game. wa pro tau (bukan bajet tapi benar mwahaha!) memandangkan wa antara perempuan yang aktif dalam game tu so wa femes la. yala dah majoriti lelaki semua dalam tu, nampak perempuan sikit mula la naik bulu. tapi wa layan dorang macam member2 juga. cara wa cakap pun dah macam lelaki, itu wajib!! kalau lemah-lembut kang nanti ramai pula jatuh hati kan kan. hahaha.

 sekarang dah jarang main dah. yang penting study dulu okeyh. wa nak kerja best2, gaji besar. takyah bergantung kat sapa2 dah. tak gitu?? ok terlari topik pula.


Ps : Jangan pandang wanita dengan sebelah mata. Kecuali kalau mata lu orang sakit sebelah la.




my ex-guildmates from HellRaiseR. me in the middle wearing the holy wimple :)

Game: Pandora Saga
IGN : ReilaMie
Nation: St.Pfelstein Kingdom
Job: Cleric
Guild: Hellraiser



Ini blog bahasa Melayu

Hoho malam ni tiba-tiba je terdetik hati untuk buat blog baru. Blog lama? ada dah berhabuk tapi diprivatekan atas sebab-sebab private. Takdelaa, cuma blog lama  ditulis dalam bahasa inggeris. tak menarik pula kalau asyik speaking ja kan? Hehe.. takpa, kali ni nak mencuba sesuatu yang baru, tulis dalam bahasa ibunda pula, oyeah!!
Sebelum mula merepek merapu melalut dalam blog ni, izinkan saya memperkenalkan diri ini dahulu. Walaupun takda la menarik mana diri ini, tapi tak salah kalau nak berkenalan bukan? :)



Aino. umur nak masuk 21. pendek je 150cm. berat takyah tawu la.
Seorang yang tegas (tak bajet tp mmg betoi).
Penyabar (wa terer handle situasi okeh).
Tak berape minat layan random people (kecuali yang pandai tambat hati  haha).
Minat lagu Jepun sahaja.
Seorang yang suka makan. gemuk pastu kurus pastu gemuk balik itu perkara biasa. tapi setakat ni sedap la mata memandang orang kate.
Sedang berusaha belajar memasak. (yala nak jadi bini orng kena pandai masak bukan? ni semua salah ibu wa tak bagi duduk kat dapur masa kecik2! hahaha)
Berdarah keturunan cina. sebab tu mata wa manyak sepet. sama la dengan adik-beradik wa yang lain. muka tak lari la dari rupa apek sama amoi. papepun syukur okeh.

Dah la tu jela kot. Kang cerita panjang-panjang bukan korang baca pun kan. hahahaha. OK bye.