Assalamualaikum






Friday 16 December 2011

JuniOr VS SeniOr

harini wa nak cerita pasal semalam punya hal. sebelum tu wa cakap terus-terangla ok. walaupun korang tak berminat nak tawu pun takpa wa nak cakap jugak. sukahati wa la nak cakap apa ni blog wa punya hahaha!. ok dah cukup. direct la, wa sejak masuk UiTM ni wa memang banyak diam. dekat kolej tempat wa tidur malam-malam pun wa suka buat hal sendiri dan tak berminat nak bercampur gaul dengan budak-budak 'levelmate' wa. kerja wa hari-hari pergi kelas, balik bilik terperap situ la lama-lama. eh tak bosan ke? mesti tu korang pikir kan? tak wa tak bosan la, sebab kerja wa dalam bilik banyak! main game, facebook, baca komik, dan diselang-seli dengan buku ilmiah. cewah! haha ni pengenalan baru tentang wa. yup wa memang jenis tak suka bercampur and huha sana sini. jangan anggap wa antisosial! wa bergaul jugak, tapi wa jaga batas-batas. ceehh! hahaha

ha ni nak cerita ni semalam punya kes, dah 3 semester wa duduk dekat Kolej Tun Merah ni. memang jarang la budak-budak levelmate wa nak nampak muka wa, kecuali time nak pergi bilik air la baru wa tunjuk muka wa yang comel ni. puihh! hahaha wa pulak memang jarang dan malas nak ambil tahu pasal level yang wa duduk ni. sape AJK semua pun wa tak heran nak ambil tahu. tapi nasib baik la kawan wa ketua level ni. okay semester ni pelik sikit la ni yang wa nak cerita dari tadi, wa pi bantai merapu bagai pulak. maaf ye! ada sorang junior ni mulut dia perghh memang tak payah pakai mikrofon la memang hari2 dengar suara dia terjerit terpekik ditambah lagi dengan mengilai dia. especially time maghrib memang kalau tak dengar dia terjerit2 cakap dengan kawan dia memang tak sah! takpa wa jenis tak suka ambik tahu kan so wa diam la. mungkin dia akan berubah satu hari nanti. hati wa berkata. fikir positif la bajetnya. dekat sebulan wa pendam. dia tak berubah2 lagi. bilik dia jauh dari bilik wa, tapi dia punya suara sampai bilik hujung dengar beb! wa pakai headphone pun boleh dengar suara dia lagi. memang gila! 

semalam wa panas. dah mendidih! tangan wa ketar2 bila wa pergi bilik air dengar dia dengan kawan2 dia menyanyi2, pekik2 kuat gila. non stop pulak tu huh! "wey bising lah diam sikit boleh tak??!" wa sound dengan nada garang, tapi volume wa control dulu, first time wa bersuara kat level ni. tapi dia boleh pulak sambung nyanyi. memang tak makan saman ini budak wa cakap dalam hati. takpa wa balik bilik wa untuk pakai baju. takkan nak berkemban pulak kan. kah3 lari tajuk. ok dah tu wa keluar bilik jumpa ketua level wa nak mengadu pasal kebisingan melampau yang mengganggu ketenteraman warga level2 wa ni. ketua level wa setuju, dia pun tak puas hati dengan junior ni bising yang amat! kebetulan pula malam tu ada bacaan yasin, so ketua level wa cadang suruh wa bangkitkan hal ni dekat mesyuarat level selepas bacaan yasin. wa setuju. pastu wa keluar bilik kawan wa tu then nampak budak tu baru keluar bilik air, boleh pulak dia tak henti2 terpekik2, wa PANAS. tiba-tiba wa jerit. "KAU BOLEH DIAM TAK, APEHAL MULUT KO BISING SANGAT!" wa jerit dgn volume semaksima mungkin.. suara wa memang kuat, lagi2 kalau marah camni, habis. baru cadang nak simpan suara wa. kah3. adoy memang satu level dengar suara sound budak tu. budak tu terus masuk bilik dia. badan wa dah ketar2 ni. wa balik bilik tenangkan fikiran wa dengar ipod wa. senior2  semua datang kat wa dan bincang sesama kitorg. dorang pun tak puas hati dengan junior tu. memang level ni dia punya sorang! maghrib pun tak hormat!

malam tu lepas yasin, ketua level kitorang memulakan meeting nak settle hal ni la. semua senior pun melepaskan ketidakpuashatian terhadap budak mulut murai ni. termasuk wa. pastu dia melawan balik. pehh! junior melawan beb! ini sudah lebih. wa panas balik, wa terus sound. tak pernah dalam sejarah wa bersuara wa malas la nak cerita apa yang wa sound and apa semua orang cakap. malas nak taip la. pendekkan cerita disini. last2 budak tu terdiam la, abes2 cakap semua pun bersurai. esoknya wa dgr mata dia sembab, menangis la tu kot. harap2 dia sedar la apa yang dia dah buat. bukan apa. mempunyai mulut bising dan murai ini mmg bagus. talkative orang kata. tapi biar control. jangan terpekik2. kan tak pasal2 dah kena sound sebijik dgn wa. (bukan satu perkara yang harus dibanggakan okay). wa tak suka marah-marah ni kah3. tapi perkara sebegini harus disuarakan. semua levelmate wa terkejut dgn wa sbb wa selama ni tak pernah bersuara. tapi wa tak garang okay, wa cuma TEGAS. hahaha. macam wa cakap, wa jarang tunjuk muka wa kat level ni. wa malas nak ambil tahu. okay malam tu last la wa bersuara. cool saja!



PS : comel-comel wa, rendah-rendah wa, jangan disangka wa lembik hahaha!

No comments:

Post a Comment